Posted by: curiousee | October 20, 2008

19 Tahun dan Janji Diri

“Ma~Perhaps it’s the most annoying period of your youth,”

-Takamizawa Toshihiko-

Sudah 19 tahun. Baru 19 tahun.

Hari ni, 20 haribulan 10 tahun 2008, umur saya genap 19 tahun.

I am already 19 years old. Only 19 years old.

Ayah dan Mak dah ucap Selamat Hari Lahir semalam lagi. Wa, Mel dan Abang Id pun ada. Abanglong di Singapura – ucapan Hari Jadi sudah diberi 2 sebelum tarikh yang sebetulnya. “Takut takda line,” Abanglong kata.

Q. What is the difference between Syahida Johan on the 19th of October 2008 and Syahida Johan on the 20th October 2008?

A. Syahida Johan on the 20th of October 2008, felt and experience a feeling that she can’t place in words. Syahida Johan on the 19th, is still very ignorant.

Ida bangun awal hari ni. Pukul 7.05 am, telefon berbunyi. Lagu Haptic Motion oleh So Nyuh Shi Dae, kejutkan Ida dari slumber. Bila lihat si pemanggil, Ida cepat cepat angkat telefon. Alexander Tan Jin Hao. Khas dari Malaysia.

Happy Birthday Syahida!”

“Alex! You do know that I am in UK right?’

“Yea..So? Money is made to be spent.

Macam mana kita tak sayang kat kawan macam mana ni? Macam mana kita nak expresskan gratitude kita kat kawan macam ni? Ida rasa Ida tak akan tahu macam mana.

5 minit berlalu, Ida suruh Alex tutup handphone. Bil telefon mahal. Nanti susah. Panggilan dimatikan, Ida letak handphone dan baring balik atas katil. Kat bibir, senyuman dah meleret. Ida baru letak kepala dan tutup mata bila Haptic Motion ber’motion’ lagi. Izzat Abdul Rahman. Juga, khas dari Malaysia.

Panggilan dijawab, Ida beristighfar.

“Syad! Happy Birthday!”

“Izzat…telefon mahal la..”

“Takpe…”

Izzat pass telefon kat Aida.

“Selamat Hari Jadi Syad!”

“Aidaa!!!!”

“Nanti kita chat online habis habis…”

Cakap ngan Aida sikit lagi,(nak cakap penuh susah..Girls talk) Aida pass telefon kat Gun – cakap ngan dengan Gun sekejap. Telefon bagi balik kat Izzat. Izzat being Izzat, masih lagi dengan sikap main main dia. “Ada hot guys tak?”  “Takde! Macam mana nak cari pengganti you?“Nasib baik…”

Macam Alex, Ida suruh dia tutup handphone. Pukul 7.30 pagi. Ida pejam mata lagi. Nampak macam tenang tapi dalam hati Ida dah swelling. Bloated dengan appreciation.

Di Facebook, Maya, Tengi,Aliya, Syira, Azreen, Hans, Kelly, Aunty Shamini, Zheng dan Ida Lai ucap Selamat Hari Jadi.

Di MSN, Ben Ariff dan ge ge Damian pun ucap Selamat Hari Jadi. Alwi, Sabrina, Malar hantar sms pada Ida.

Kak Jah dan Kak Long juga.

Ida dah cakap banyak kali. Ida orang yang simple. Ida tak perlu hadiah, surprise party atau apa apa extravagant. Cukup dengan satu ucapan Selamat Hari Jadi yang ikhlas. Ida dah puas. Dah cukup terharu.

Ida dah 19 tahun hari ni. Dan bila pandang belakang dan lihat perjalanan hidup Ida, Ida rasa Ida dah jalan cukup jauh. Dah banyak sangat yang berubah. Dah banyak sangat yang Ida tukar. Pilihan dan keputusan. Kesalahan dan tangisan. Kejayaan dan kegembiraan.

Ida boleh diri tegak dan cakap dengan bangganya, Ida sekarang dah makin tua. Dah makin matang. Ida makin membesar. Makin belajar.

19 tahun, seorang diri di negara orang. Ida bukan macam orang lain. Ida dibesarkan dengan ’sudu emas’ seperti kata Abang Id. Ida tak pernah kempunan apa apa. Ida terima lebih daripada apa yang Ida mahu. Lebih daripada yang Ida pinta.Semuanya lengkap. Semuanya ada. Semuanya tersedia.

Di sini, di negara orang, Ida bukan hanya keluar dari Malaysia. Ida keluar dari safety comfort Ayah dan Mak. Di sini, dunia realiti bermula. Ida baru sebulan di sini. Sudah sebulan di sini. Sebulan yang lepas, Ida 18 tahun. Sekarang, Ida 19 tahun.

Ayah cakap dengan Ida,

“Happy Birthday Ida. You’ve matured beyond your age this past few weeks. I am so proud of you,”

Kita membesar mengikut pace masing masing bukan?Ida bukan macam Abanglong yang membesar dengan cepat dan grasp that everything in one moment. Ida juga bukan macam Abang Id yang late-bloomer. Ida di tengah tengah. Di antara sedar dan tidak, Ida matang dan tidak.

Ida rasa hari ini, hari Ida genap 19 tahun ialah antara hari yang Ida tak kan lupa. Ada perasan dalam hati yang Ida tak tau macam mana nak terangkan. Nak explain. Nak express. Rasa hati ni, tak berat. Tak ringan. Bukan sesuatu yang buruk. Juga bukan sesuatu yang nice.

Hari ni, Ida tak buat apa apa yang special. Ida basuh baju. Mesin tak terima coins Ida. Ida keringkan baju, baju tak kering. Ida pergi dapur, dapur terabur. Ida nak pakai kain lap pinggan, ada orang pakai kain Ida. Ida baca buku hidup Pip , Ida masak roti telur, Ida chat ngan Mak dan Ayah di internet. Ida janji dengan Chetna (kawan baru,keluarga baru di sini. Kami support each other di sini. We are each other strength here) untuk makan pizza. Chetna tak bagi Ida duduk di rumah saja on my birthday. Bila balik- jalan kaki – hujan lebat.

Ida masih tersenyum.

Hari ni, Ida tak tahu kenapa, tapi Ida rasa terharu. Rasa tersentuh. Rasa sangat fragile.

Hari ni, tiba tiba Ida realise how far ahead I’ve gone by. How much I’ve grown.

Ida sudah 19 tahun. Ida juga baru 19 tahun.

Ida dah belajar banyak. Ida juga masih ada banyak untuk belajar.

Orang macam Ida, very self-concious. Ida takut banyak benda. Ida juga berani untuk banyak benda. Kalau dulu Ida block apa yang Ida takut. Sekarang, Ida fight dengan conscience Ida. Apa yang betul. Apa yang tidak, Ida tahu. Benda kecil buat Ida terasa. Benda kecil buat Ida terharu.

Dalam dunia yang terlalu penuh dengan congestion, materialism, politcs dan corruption – Ida macam manusia yang lain. Selfish.Self-concious.

Tapi kita ada akal. Kita ada minda. Kita pilih jalan hidup kita.

Dan Ida, 19 tahun kini, janji pada diri untuk pastikan Ida pilih that correct road. The one that will take me to my  final destination in this life and preparation to the next one.

Selamat Hari Jadi untuk Ida.

_Ida_


Responses

  1. I love this post. Heehee.

    I had fun talking to you as well. Even it was just for awhile. Itupun Izzat dah being sarcastic and said ‘Takpe, cakap la, i pun guna credit’. Haha. We’re getting older but at the same time, we’re getting wiser. And that’s a good thing about being older :)

    I can’t wait to be 19 as well. Heehee.

    Take care Syad!

  2. I forget how I was when I was 19.

    All I know is that I was fat.


Leave a response

Your response:

Categories